Sebagai orang Islam,kita perlu menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa kita. Ini kerana ibu bapa yang melahir dan membesarkan kita dari kecil hingga dewasa.Jika tiada mereka,sudah tentu kita tidak akan wujud di dalam dunia ini.Sebagai anak yang soleh,kita mesti mengikut arahan dan perintah mereka.Kita tidak boleh mengingkari suruhan mereka selagi ia tidak bertentangan dengan agama.Kita juga tidak boleh sesekali meninggikan suara kepada ibu bapa kita apabila bercakap dengan mereka.
Malah,kita perlu ingat,apabila kita sudah dewasa,kita perlu merawat mereka seperti mereka menjaga kita sewaktu kita kecil dahulu.Sesungguhnya keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan ibu bapa dan syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Selain itu,anak yang soleh jugak wajib taat pada suruhan Allah dan meninggalkan apa-apa jua perkara yang dilarang Allah SWT.
No comments:
Post a Comment